Saturday, October 31, 2009

Thursday, October 8, 2009

Saturday, October 3, 2009

Thursday, October 1, 2009

kata-kata hikmat

hidup perlukan perjuangan,tanpa perjuangan tiada pengorbanan,tanpa pengorbanan tiada kecintaan,tanpa kecintaan musnah segala kehidupan..

sesungguhnya perjalanan rukun iman itu bermula dari bawah iaitu hidup atas qada' dan qadar diikuti dengan kiamat,kitab,Rasul,Malaikat dan akhirnya bertemu ALLAH..

tiada guna harta benda,pangkat dan darjat andai jiwa,hati dan perasaan sering dirundung resah dan duka. itulah dalil kerana iman kita masih kurang dan miskin amal..

dalam sejarah 25 para Rasul,tersembunyi kisah kehidupan manusia. barang siapa membaca kisah itu nescaya fahamlah akan dia apa yang dikatakan penyakit ummat..

jauh berjalan luas pemandangan dan banyak pengalaman. perjalanan yang baik adalah perjalanan mengenal ALLAH kerana pandangan dan pengalaman itu akan menjadi penyuluh kehidupan..

hukum ALLAH itu banyak hikmatnya. hanya yang beriman sahaja sanggup melaksanakan. hukum yang dilaksanakan tanpa kefahaman iman, adalah satu penganiayaan..